Category Archives: Bekerja Dari Rumah

cover butik 2

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com

Dilahirkan sebagai wanita, kita adalah insan terpilih untuk mengambil peranan sebagai nadi dalam institusi kekeluargaan. Lemah nadi, maka lemahlah institusi secara keseluruhan.

Berdasarkan kepada perkembangan status pendidikan yang semakin baik, wanita kini mempunyai pilihan untuk bekerja bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Namun peranan wanita di rumah tidak boleh dipandang ringan. Mendidik anak-anak tidak semudah melakar corak menggunakan pensel warna di atas kanvas. Wanita yang bergelar isteri seharusnya mempunyai ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu moden untuk memastikan generasi yang dilahirkan boleh dididik dengan acuan yang sepatutnya.

Tugas mendidik tidak semudah mengupah seorang pembantu rumah, bukan sekadar menghantar ke rumah pengasuh atau membayar wang upah kepada pusat penjagaan kanak-kanak. Segalanya bermula dari rumah. Memilih sebagai suri rumah tangga yang berhemah bukan sekadar menjaga hal ehwal pengurusan rumah tangga, tetapi perlu memunyai ilmu bagi mendidik generasi masa hadapan yang berkualiti.

Kini dengan kemaajuan teknologi maklumat, wanita perlu mengambil peluag untuk kembali berada di rumah tetapi masih boleh menjana pendapatan.

Jika diimbas kembali pekerjaan wanita pada zaman nabi dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja di luar rumah. Sekiranya memilih bekerja, pilihan yang baik adlaah bekerja di sekitar rumah sahaja.

Doktor wanita Islam yang pertama ialah Rufadyah Al-Islamiyah. Nabi di medan perang, menyediakan makanan untuk askar-askar Islam dan juga mengurus jenazah wanita Islam di Madinah. Tugas mereka sangat penting dan keperluan ‘tugas khas’ yang memerlukan khidmat mereka.

Peredaran zaman membawa pengaruh yang begitu memberangsangkan dan memberi tarikan kepada wanita untuk membina kerjaya di luar rumah. Kadangkala dengan pengaruh dunia luar mendorong wanita tidak mampu mengawal pergaulan tanpa batas dan juga pengaruh berbelanja, bergaya dan status ‘ketua’ di pejabat terbawa-bawa sehingga di rumah.

Sekiranya wanita yakin dapat menjaga aurat, pergaulan dan tuntutan ekonomi mendesak, memilih bekerja di luar rumah adalah pilihan untuk membantu ekonomi keluarga. Namun keperluan wanita kembali berada di rumah adalah satu usaha untuk mengembalikan peranan wanita mendidik anak-anak dan membantu menguragkan gejala sosial yang semakin parah, penderaan kanak-kanak, juga mengembalikan keharmonian Rumahku Syurgaku.

Salam kasih sayang
Masayu Ahmad.

Baca dahulu naskah ini untuk persediaan asas
www.janawangdirumah.com