Berikut beberapa manfaat mengapa anda perlu memilih untuk bekerja dari rumah.

1. Mendapat kebebasan peribadi

Aspek yang paling menarik untuk memulakan bisnes atau kerja dari rumah adalah kesempatan untuk berusaha, berdikari dan mencuba pelbagai peluang. Anda tidak lagi terkongkong dengan kehidupan bekerja dari jam sembila pagi sehingga lima petang.

Tidak ada bos yang memerhati, tidak ada budaya kerja syarikat untuk dipatuhi. Paling menarik, tidak ada jadual kaku atau berhadapan dengan kesesakan jalan raya setiap pagi dan petang!

2. Menuai pendapatan tanpa had

Dalam bajet perbelanjaan, sudah tentunya banyak berjimat dari segi masa, minyak petrol dan kos pengangkutan. Tidak perlu mengeluaran bajet membayar sewa pejabat, segalanya hanya di rumah. Antara keupayaan menguasai penjimatan ini, anda seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan tanpa had.

Mehamai apa itu pendapata pasif dan aktif, membantu anda membuat perancangan kerja untuk menghasilkan atau penjanaan sumber pendapatan daripada pelbagai sumber. Tentu sahaja ini memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan.

3. Sentiasa bersama keluarga

Kebanyakan orang memilih untuk bekerja atau membuat bisnes dari rumah dengan matlamat mahu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah mempunyai lebih daripada seorang anak.

Suami atau isteri boleh membantu dalam pelbagai aspek perniagaan sementara anak-anak memiliki kesempatan untuk melihat pekerjaan ibu bapa. Anak-anak boleh melihat bagaimana ibu bapa bekerja dari rumah.

4. Mudah menghadapi kecemasan

Bekerja di rumah sudah tentunya memberi keleibhan teutama jika menghadapi situasi kecemasan. Lebih-lebih lagi jika ahli keluarga tiba-tiba jatuh sakit, mengalamai kemalangan dan berlaku kematian. Anda tidak lagi tertekan kerana perlu mengambil cuti. Tidak berhadapan dengan rekod prestasi jika mengambil cuti yang lama menjaga anak sakit atau kes kecemasa. Juga boleh bekerja selama mana yang anda mahukan, kerana jam kerja di bawah kawalan sendiri.

Boleh sahaja merawat anak yang sakit dan bekerja lewat malam selepas menyiapkan hidangan keluarga. Tidak perlu lagi pening kepala dengan politik pejabat yang menjengkelkan dan hanya perlu mengikuti jadual kerja yang ditentukan sendiri.

5. Kebebasan gaya kerja

Jika dahulu anda seorang pegawai kewangan, setiausaha, kerani pentadbiran atau apa sahaja jawatan. Pekerjaan tersebut bergantung kepada skop kerja dan tugasan yang diarahkan majikan. Kadangkala anda tidak mempunyai minat kerana terpaksa melakukan pelbagai tugas di luar skop pekerjaan. Mahu atau tidak, anda perlu menurut perintah dan melakukannya dengan perasaan tidak ikhlas. Bekerja dengan separuh hati, bukan bekerja dengan sepenuh hati!

Apabila bekerja sendiri, anda boleh melalukan pelbagai tugasan mengikut kemahuan dan matlamat yang ingin dicapai. Bukan sahaja bertindak sebagai pengurus, malah merangkumi kesemua tugas seperti kewangan, pentadbiran, operasi dan sebagainya. Anda bebas untuk belajar dan melakukan pelbagai pekerjaan berkaitan dengan tugas. Pemilik soho biasanya menguruskan bisnes skala kecil, merangkumi keseluruhan operasi, pemasaran, jualan, khidmat pelanggan dan perakaunan. Pun begini penyelarsan tugas juga boleh berlaku apabila bisnes dari rumah sudah berkembang dengan baik.

Anda juga boleh mempelbagaikan kegiatan untuk mengelakkan perasaan bosan. Semakin banyak skop tugasan yang dilakukan, semakin tinggi kemahiran dan bertambah pengalamna. Perkembangan pekerjaan atau bisnes berskala kecil, sudah tentunya memberi impak kepuasan secara peribadi dan mampu menjad pendapatan sebagaimana yang dinginkan.

Meningkatkan produktiviti
Berdikari dan bekerja dengan skala sendiri, berupaya membuatkan individu lebih produktif. Semakin berusaha, semakin bertambah pengalaman, dan jug usaha luar biasa boleh mmeberi anda kepuasa dengan setiap pendapatan hasil usaha sendiri. Jika jurang bekerja, kuranglah pendapatan yang diperolehi. Tambahan pula anda sudah banyak meneroka banyak peluang pendapatan tanpa had, sudah tentunya memberi motivasi kepada diri untuk bekerja dengan lebih tekun dan bersemangat.

cover butik 2

 

Trend baru bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Baca dahulu naskah wajib ini www.janawangdirumah.com

Trend baru bekerja di rumah

Suatu ketika dahulu, seseorang yang berada di bangku persekolahan selalu menyimpan azam untuk menjawat tinggi di sector kerajaan atau swasta. Jika ada anak gadis yang mempunyai prestasi cemerlang dalam pelajaran atau bercita-cita menjadi suri rumah akan dianggap bodoh. Kalau sudah cemerlang dalam pelajaran, kenapa perlu duduk di rumah sahaja? Bukankah membazir masa belajar dengan tekun, tetapi tidak bekerja di pejabat?

Kini, keadaan semakin berubah. Seseorang wanita yang mengaku sebagai suri rumah, mungkin sedang menjana pendapatan berlipat ganda. Dalam situasi tertentu suri rumah sepenuh masa mampu meraih pendapatan melebihi wanita yang bekerja di luar rumah. Bukan sekadar menjadi pengurus rumah tangga, malah masih mampu mencipta peluang pendapatan sambilan atau sepenuh masa.

 

Situasi 1

“Kak, kerja ke? Atau buat bisnes?” Tanya seorang jurujual yang sedang mempromosikan produk kecantikan kepada seorang wanita. Tidak dapat meneka wanita yang melangkah masuk ke salun, berstatus suri rumah, bekerja atau usahawan. Sekali pandang seperti suri rumah, dua kali pandang seperti bekerja.

Wanita yang ditanya tersebut hanya tersenyum dan menghulurkan kad bisnes. Pada kad bisnes tersebut tertera nama dan laman web bisnes yang diusahakan. Jurujual tersebut kini memahami wanita yang singgah di salunnya bukan sekadar suri rumah, tetapi suri rumah yang juga bergelar usahawan.

 

Situasi 2

Ketika jarum jam menunjukkan pukul tiga petang, hari Selasa. Wanita bekerjaya sudah tentu sedang melakukan tugas di pejabat atau sedang menghadiri mesyuarat. Sebaliknya pula wanita yang bekerja dari rumah, pilihannya sama ada mahu bekerja pada hari tersebut atau menjadikan hari Selasa sebagai hari cuti.

Jam tiga petang biasanya boleh membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau mula merancang menu petan istimewa untuk keluarga. Berbanding mereka yang bekerja, selepas penat seharian bekerja, pada waktu malam dengan masa yang terhad banyak perkara atau kerja yang perlu dilangsaikan. Ini termasuk memasak, mengemas rumah, menyiapkan persiapan untuk hari esok dan memantau persekolahan anak-anak. Kadangkala disebabkan keletihan, banyak kerja yang ditangguhkan dan ada yang tidak sempat diselesaikan.

Pilihan wanita kini

  1. Bekerja dari rumah semakin menjadi pilihan yang menarik bagi individu yang mahukan kebebasan bekerja dalam erti kata sebenar.
  2. Jika dahulu seseorang wanita bekerjaya dilihat telah mencapai standard yang menunjukkan pencapaian yang bagus bagi seorang wanita. Selepas melalui beberapa fasa kehidupan, seseorang wanita bekerjaya mahu kembali menguruskan rumah tangganya sendiri akan memilih bekerja dari rumah.

cover butik 2

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com

Dilahirkan sebagai wanita, kita adalah insan terpilih untuk mengambil peranan sebagai nadi dalam institusi kekeluargaan. Lemah nadi, maka lemahlah institusi secara keseluruhan.

Berdasarkan kepada perkembangan status pendidikan yang semakin baik, wanita kini mempunyai pilihan untuk bekerja bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Namun peranan wanita di rumah tidak boleh dipandang ringan. Mendidik anak-anak tidak semudah melakar corak menggunakan pensel warna di atas kanvas. Wanita yang bergelar isteri seharusnya mempunyai ilmu agama, ilmu rumah tangga, ilmu moden untuk memastikan generasi yang dilahirkan boleh dididik dengan acuan yang sepatutnya.

Tugas mendidik tidak semudah mengupah seorang pembantu rumah, bukan sekadar menghantar ke rumah pengasuh atau membayar wang upah kepada pusat penjagaan kanak-kanak. Segalanya bermula dari rumah. Memilih sebagai suri rumah tangga yang berhemah bukan sekadar menjaga hal ehwal pengurusan rumah tangga, tetapi perlu memunyai ilmu bagi mendidik generasi masa hadapan yang berkualiti.

Kini dengan kemaajuan teknologi maklumat, wanita perlu mengambil peluag untuk kembali berada di rumah tetapi masih boleh menjana pendapatan.

Jika diimbas kembali pekerjaan wanita pada zaman nabi dahulu, kebanyakan wanita tidak bekerja di luar rumah. Sekiranya memilih bekerja, pilihan yang baik adlaah bekerja di sekitar rumah sahaja.

Doktor wanita Islam yang pertama ialah Rufadyah Al-Islamiyah. Nabi di medan perang, menyediakan makanan untuk askar-askar Islam dan juga mengurus jenazah wanita Islam di Madinah. Tugas mereka sangat penting dan keperluan ‘tugas khas’ yang memerlukan khidmat mereka.

Peredaran zaman membawa pengaruh yang begitu memberangsangkan dan memberi tarikan kepada wanita untuk membina kerjaya di luar rumah. Kadangkala dengan pengaruh dunia luar mendorong wanita tidak mampu mengawal pergaulan tanpa batas dan juga pengaruh berbelanja, bergaya dan status ‘ketua’ di pejabat terbawa-bawa sehingga di rumah.

Sekiranya wanita yakin dapat menjaga aurat, pergaulan dan tuntutan ekonomi mendesak, memilih bekerja di luar rumah adalah pilihan untuk membantu ekonomi keluarga. Namun keperluan wanita kembali berada di rumah adalah satu usaha untuk mengembalikan peranan wanita mendidik anak-anak dan membantu menguragkan gejala sosial yang semakin parah, penderaan kanak-kanak, juga mengembalikan keharmonian Rumahku Syurgaku.

Salam kasih sayang
Masayu Ahmad.

Baca dahulu naskah ini untuk persediaan asas
www.janawangdirumah.com

101

Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah

Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.

Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.

Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.

Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.

Mulakan dengan apa yang ada
Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambila sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.

Akademi Bekerja Dari Rumah

Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Setelah setahun beroperasi atas talian, Kini lebih 700 (catatan 20.5.2014) blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.